Apa Itu Sistem OMS dan Kenapa Seller Online Perlukannya
Apa itu sistem OMS (order management system)? Ketahui fungsi utama sistem OMS dan kenapa seller online di Malaysia perlukannya untuk urus order dengan lebih cepat dan tepat.
- Published
- Updated
- Reading time
- 3 min read
- Language
- Bahasa Melayu
Bila order makin banyak, ramai seller mula tanya: apa itu sistem OMS, dan perlu ke saya guna? Ringkasnya, sistem OMS (order management system) ialah satu sistem untuk urus semua order anda di satu tempat, dari order masuk sampailah parcel diserahkan kepada courier. Dalam artikel ini, kita terangkan apa itu sistem OMS, apa fungsinya, dan bila seller online patut mula guna.
Apa itu sistem OMS?
OMS adalah singkatan bagi order management system. Ia mengumpulkan order dari semua saluran jualan anda ke dalam satu paparan, supaya team tak perlu buka banyak tab, salin data ke Excel atau semak order satu per satu.

Fungsi utama sistem OMS
- Kumpul order dalam satu tempat. Semua order dari semua saluran jualan boleh dilihat dan diurus bersama.
- Urus produk. Maklumat produk disimpan dalam sistem yang sama dengan order.
- Pilih courier. Sesetengah OMS, seperti Luxana, ada auto courier routing yang memilih courier berdasarkan peraturan yang anda tetapkan.
- Push order dan cetak AWB secara pukal. Hantar banyak order kepada courier sekali gus dan muat turun AWB ikut batch.
- Packing dan scan. Jejak order mana yang sudah di-push dan sudah di-scan semasa packing.
- Analitik. Lihat prestasi jualan dan operasi dari data order sebenar.
Perjalanan order dalam sistem OMS
- Order masuk dari semua saluran jualan
- Courier dipilih (contoh: auto courier routing)
- Order di-push dan AWB dicetak ikut batch
- Packing dan scan
- Parcel diserahkan kepada courier
Kenapa seller online perlukan sistem OMS?
Bila order masih sedikit, urus secara manual mungkin masih boleh. Tapi bila order bertambah, kerja manual mula makan masa dan mudah silap: salah courier, salah alamat, parcel tertinggal, atau order terlepas pandang.
Contohnya, seller frozen food PAK MAT WESTERN dulu ambil 3 hingga 5 jam sehari hanya untuk sort order. Selepas guna Luxana, kerja yang sama ambil lebih kurang 15 minit. Baca kisah penuh mereka di sini.
- 3–5 jam — sort order sehari sebelum Luxana
- ~15 minit — kerja yang sama dengan Luxana
Contoh: PAK MAT WESTERN, seller frozen food.
Tanda bisnes anda sudah perlukan sistem OMS
- Team habiskan berjam-jam setiap hari untuk sort dan semak order.
- Data order bertaburan di banyak tempat dan spreadsheet.
- Kerap berlaku salah pack atau parcel tertinggal.
- Susah nak tahu order mana yang sudah dihantar dan yang belum.
Sistem OMS Luxana
Luxana ialah sistem OMS buatan Malaysia untuk seller multichannel. Selain urus order, produk dan analitik, Luxana ada auto courier routing, batch push order dengan AWB, packing scan, dan AI Paste untuk isi maklumat pelanggan dengan cepat semasa create order. CRM Luxana pula dibina terus dalam OMS menggunakan WhatsApp Business API rasmi.
Soalan lazim tentang sistem OMS
Sistem OMS adalah apa?
Sistem OMS adalah order management system, iaitu perisian untuk urus order dari semua saluran jualan dalam satu tempat.
Apa beza OMS dan sistem inventori?
Sistem inventori fokus pada stok. OMS fokus pada perjalanan order: dari order masuk, pemilihan courier, AWB, packing hingga penghantaran. Sesetengah sistem menggabungkan kedua-duanya.
Bisnes kecil perlukan OMS ke?
Tak semestinya dari hari pertama. Tapi bila order mula bertambah dan kerja manual makan masa berjam-jam, OMS boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan.
Cuba sistem OMS Luxana
Nak tengok macam mana sistem OMS boleh ringankan kerja harian team anda? Cuba Luxana sekarang.
Baca juga: Excel vs Sistem OMS: Bila Masa Bisnes Anda Patut Tukar? | Cara Scale Bisnes dari 100 ke 1,000 Order Sehari Tanpa Tambah Staff | Cara Kurangkan Salah Pack dan Return dalam Gudang Bisnes Online
- order-management-system
Run orders, couriers and WhatsApp in one place
Built for Malaysian online sellers. Set up in an afternoon.