What’s New Luxana Series 10: 11 Feature Baru untuk Jimat Masa & Repeat Order
What’s New Series 10: 11 update baru Luxana untuk jimat masa, kurang kerja manual dan naikkan repeat order — Retention, Bank Transfer Approval, Notify Replies, Product Report, User Profile, SKU Links, Aftercare Flow, Sync Issues, Country Filter, Affiliate Links dan Hold Until.
- Published
- Reading time
- 7 min read
- Language
- Bahasa Melayu
On this page 12 sections
- 1. Retention — nampak siapa due nak beli lagi
- 2. Bank Transfer Approval — resit besar, approve sekali gus
- 3. Lux Notify Replies — semua reply dalam satu page
- 4. Product Report — produk mana laku, mana yang return
- 5. User Profile — all in 1
- 6. SKU Links — SKU marketplace, satu tempat
- 7. Aftercare Flow — follow-up auto lepas parcel sampai
- 8. Sync Issues — order gagal sync, satu tempat
- 9. Country Filter — tapis sales ikut negara
- 10. Affiliate Links — setiap seller, link sendiri
- 11. Hold Until — hold order sampai tarikh yang dia nak
- Cuba 11 ciri baru ni dalam Luxana
What’s New Series 10 dah sampai. Kali ni ada 11 update baru — kebanyakannya untuk jimat masa, kurang kerja manual, dan bagi customer mai balik beli lagi.
Ringkasnya: Retention dan Aftercare Flow bantu follow-up repeat order, Bank Transfer Approval mempercepat semakan resit, Notify Replies pastikan reply pelanggan tak terlepas, SKU Links dan Sync Issues kurangkan sakit kepala marketplace, Affiliate Links dan Hold Until pula selesaikan kerja seller dan penghantaran tertangguh. Ini ringkasan setiap ciri, di mana nak jumpa dalam Luxana, dan plan mana yang ada.

1. Retention — nampak siapa due nak beli lagi
Retention (Lux Special) senaraikan customer ikut stage: New, One-time, Active repeat, At risk, Lapsed, VIP, dan Due for repeat. Tak payah teka siapa nak follow up — senarai dah siap, terus boleh action dengan kempen 1 klik.
Dalam paparan Retention anda juga nampak repeat purchase rate, median days to come back, sales dari repeat orders, dan spend per customer. Customer yang due for repeat ditanda khas. Slide Retention menyatakan mereka 2.3x more likely to buy again berbanding customer biasa. (Based on past order patterns across Luxana stores.)
Kalau anda tengah bina aliran follow-up WhatsApp untuk repeat order, panduan Follow Up WhatsApp untuk Repeat Order dan CRM untuk Bisnes Online boleh digandingkan dengan ciri ni.

2. Bank Transfer Approval — resit besar, approve sekali gus
Untuk plan Flex & above, bahagian Bank Transfer kini paparkan resit bank transfer besar dan jelas — tiada popup kecil yang susah dibaca. Sistem bantu baca jumlah pada resit semasa upload, tandakan yang match dengan selling price, dan flag yang berbeza.
Anda boleh tick beberapa order sekali gus, approve, siap. Jumpa di Order → Bank Transfer.

3. Lux Notify Replies — semua reply dalam satu page
Customer reply mesej Lux Notify? Sekarang semua reply yang boleh dipadankan ke store anda dikumpul dalam satu page. Filter ikut Today, 7 days atau 30 days, dan ikut kategori notifikasi (contoh New order, In Transit).
Setiap reply dipadankan ke order — anda boleh buka chat WhatsApp dengan order di sebelah. Hanya read-only / view only: anda boleh baca, tapi tak boleh reply terus dari page ni.
Jumpa di Notification → Notify Replies. Untuk setup notifikasi order sendiri, lihat WhatsApp Order Notifications dan Template Mesej WhatsApp.

4. Product Report — produk mana laku, mana yang return
Product Report tunjuk produk mana paling laku ikut status penghantaran: completion rate, return rate, dan breakdown New, Pending, In Transit, Completed, Returned. Ada 3 cara slice: Products, Brands, Bundles, dan boleh export CSV.
Senang plan stock dan ads — nampak mana yang completed dengan baik, mana yang return tinggi. Jumpa di Report → Products.

5. User Profile — all in 1
Satu page untuk setiap user: info, order, sales trend, sales by channel, commission, withdrawals, dan butiran bank/IC (masked). Tak payah buka banyak menu lagi.
Paparan termasuk last login, upline, dan trend jualan bulanan. Viewing IC atau nombor bank dilog dengan nama anda dan masa. Jumpa di User → click any name.

6. SKU Links — SKU marketplace, satu tempat
SKU TikTok, Shopee atau channel lain lain nama tapi produk sama? Link sekali ke produk dalam Luxana. Dari Inventory → SKU Links anda boleh lihat linked SKUs, tukar produk, unlink dengan selamat, dan nampak link warnings.
Kurang SKU headache, kurang salah potong stok. Kalau anda baru set bundle dan channel SKU, panduan Product Bundle Inventory dan Cara Urus Stok Bisnes Online kena baca bersama ciri ni.

7. Aftercare Flow — follow-up auto lepas parcel sampai
Aftercare Flow (Lux Special) hantar follow-up auto selepas delivery — contoh Day 2, Day 10, Day 40. Set sekali, sistem jalan sendiri untuk setiap delivery yang completed. Boleh buat flow ikut produk atau brand, pilih device setiap step, dan mesej hanya hantar antara 10am hingga 8pm.
Flow berhenti sendiri bila customer order lagi atau order di-return. Customer rasa dijaga, peluang repeat order pun naik. Jumpa di CRM → Aftercare.
Gabungkan dengan tip dalam Follow Up WhatsApp untuk Repeat Order supaya mesej aftercare anda jelas dan berguna.

8. Sync Issues — order gagal sync, satu tempat
Order TikTok, Shopee (dan Woo) yang gagal sync sebab SKU tak dikenali kini dikumpul di Order → Sync Issues. Sistem cadangkan closest product (contoh punctuation atau capital letters berbeza), anda fix sekali, order flow masuk ke New.
Ada tab Needs fix, Needs decision, Done dan Ignored. Order yang sudah shipped tunggu keputusan anda — tak hilang senyap-senyap.

9. Country Filter — tapis sales ikut negara
Dalam Sales Breakdown, anda boleh tapis ikut negara dengan 1 klik — All, MY, SG, atau mana-mana negara yang anda jual, lengkap dengan jumlah order pada setiap butang. Berjalan dengan mana-mana date range.
Jumpa di Report → Sales Breakdown.

10. Affiliate Links — setiap seller, link sendiri
Ramai ternanti-nanti: setiap seller dapat link order form sendiri dengan `?ref=`. Contoh `lmn.je/my-form?ref=CODE`. Customer klik, order masuk atas nama seller tu. Kod diingati 30 hari pada device pembeli.
Anda pilih role mana yang boleh earn (Stokis, Agent, Dropship, Staff). Tanpa kod valid, order pergi ke form owner. Seller copy link sendiri dari My affiliate links. Jumpa di Laman → Order Form → Setup.

11. Hold Until — hold order sampai tarikh yang dia nak
Customer minta hantar lambat sikit? Hold order sampai tarikh yang dipilih (max 90 hari). Ada preset Tomorrow 9 AM, 3 days, 1 week, atau pilih tarikh manual. Countdown nampak pada order.
Tak lupa, tak terlepas. Jumpa di Order → Hold Order.

Cuba 11 ciri baru ni dalam Luxana
Series 10 fokus pada kerja harian yang biasanya makan masa: siapa nak follow up, resit mana nak approve, reply mana yang terlepas, SKU mana yang salah, dan order mana yang kena tahan sekejap. Kalau anda belum cuba Luxana, lihat bagaimana Luxana bekerja — OMS Malaysia dengan order, stok, kurier dan WhatsApp CRM dalam satu sistem.
Baca juga: Follow Up WhatsApp untuk Repeat Order | WhatsApp Order Notifications | Template Mesej WhatsApp | CRM untuk Bisnes Online | Product Bundle Inventory | Cara Urus Stok Bisnes Online
Run orders, couriers and WhatsApp in one place
Built for Malaysian online sellers. Set up in an afternoon.